Sunday, 16 July 2017

Trip To Sibu, Sarikei dan Kuching

Assalamaualaikum, Sallam Syawal buat rakan-rakan Blogger, dan peminat Lipislady
Alhamdulillah setelah beberapa minggu tak dapat online, hari ini Kak Mah dapat juga melepak di Cyber Kafe kepunyaan seorang kawan, kebetulan seorang kawan juga ajak teman dia menaip. Kak Mah pun ambillah kesempatan untuk update blog yang dah lama tak berjenguk.
Kali ini Kak Mah nak kongsi pengalaman trip Kak Mah ke Sarawak pula.Pada 21-6-17, tepat jam 6.30 Kapalterbang Air Asia yang kak Mah tumpangi selamat mendarat di Sibu. Hampir sepuluh tahun Kak Mah tak menjejakkan kaki ke tanah Awang dan Dayang ini.Menitik air mata Kak Mah mengenang peristiwa 40 tahun yang lalu. Dimana dengan rela hati dan tanpa takut apa-apa Kak Mah membimbing tangan seorang lelaki yang baru beberapa jam Kak Mah kenali dengan satu tujuan, untuk mendirikan masjid. Alhamdulillah malam itu juga Kak Mah menjadi isterinya yang sah. Itulah dibumi Sarawak.

Ni depan Centeral Market Sibu

Hari ini 21-6-17 Kak Mah kembali kesini, setelah sepuluh tahun ikatan perkahwinan itu terlerai, untuk mengutip kembali kenangan yang silam. Tanpa rasa segan silu, Kak Mah, bekas suami dan isterinya, serta anak-anak dan cucu-cucu kami mengadakan rombongan dan kunjungan ziarah saudara mara yang masih ada, tujuan kami untuk berhari raya bersama-sama mereka.

Sambutan berbuka puasa,atau sungkei pertama kami dibumi Sarawak, walaupun kami dah berbuka diairport
Dalam mangkok merah ni adalah umei, ikan mentah yang hanya diperap dengan asam, sama ada buah kelubi atau limau nipis, bawang dan bawang putih, tanpa dimasak. Ikan ini hanya akan masak dengan asam yang digaul. Inilah yang dirindui oleh kami semua.Akhirnya kami berbuka puasa dengan ini. 




Hari kedua kami berbuka sambil berkelah di pinggir sungai Rajang, sambil menikmati keindahan pemandangan matahari terbenam. Sayulah pulak rasa hati melihat langit yang berwarna jingga dan remang petang yang sungguh mendamaikan jiwa.
Pasar Besar Sibu.

Setelah dua malam di Sibu kami berangkat ke Sarikei, tempat tujuan kamu sebenar. Oh ya di Sibu kami menumpang dirumah anak kepada besan Kak Mah.Tidur beramai-ramai, jauh dari selesa, tapi kami seronok, anak cucu kami pun seronok.


Di Sarikei Kak Mah leka dan seronok menengok orang membuat roti kompia, Kak Mah dulu panggil roti pusat.Roti yang asalnya memang dari Sarikei ini, kalau dijumpai di lain-lain tempat tidak begitu asli.

Inilah cara membakarnya, seperti membakae roti nan. 

Kami di Sarikei sampa hari raya. Tempat tinggal pula disponsor oleh Tuan Residen Bahagian Sarikei. Apa lagi enjoylah kami anak beranak.

Rest House tempat kami tinggal selama beberapa hari sehingga kami bertolak ke Kuching pada Hari Raya yang kelima.

Tidak sah kalau ke Sarawak tidak menjamah kek lapis kan dan semestinya bawa pulang sedikit sebagaaaai ole-ole untuk sanak saudara dan kawan-kawan. Tapi di Sarikei ini bukanlah tempat untuk membeli kek lapis kerana harganya agak mahal kerana tiada kilang kak lapis di sarikei. Kalau nak kek lapis kita ke Kuching. Tapi di Sarikei pun tidak sah berhari aya kalau tiada hidangan kek lapis.

Sarikei ni bandar nenas. Nenas besar tumbuh dia mana-mana sahaja di Sarikei ini. Masa Kak Mah menetap di Sarikei dulu cuma ada satu sahaja nenas besar, tapi sekarang ni dah banyak. Juga tidak sah kalau ke Sarikei tidak bergambar di hadapaaaan pokok nenas. Nak tau apa lagi yang istimewanya di sarikei ini.Boleh tengok kat menu dibawah ini. Tempat kita dapat tak harga macam ini.



Gembira sungguh cucu-cucu Kak Mah ni. Dihadapan gerai atuk saudara mereka. Ini Kami dah dalam perjalanan nak balik ke Kuching. Singgah makan-makan di gerai ini.

Inilah keluarga besar mereka, Kak Mah cuma mampu jadi juruphoto sahaja memandangkan Kak Mah bukan lagi ahli keluarga mereka. Rasa macam kecik hatilah pula. Apa kan daya itulah yang dinamakan takdir.

Ini cerita di Kuching pula. Memandangkan pekan ini hampir dengan sempadan Kalimantan, Pekan Duyoh namanya, maka segala rempah ratus seperti ini yang dibawa masuk dari Kalimantan boleh dikatakan sangat murah harganya. Dalam perjalanan dari Serikin, pekan yang sebahagiannya Sarawak dan sebahagiannya Kalimantan, pusat dan syurga membeli belah bagi pelancung dan orang tempatan juga. Ini merupakan hari terakhir kami di Sarawak. Kunjungan kesini adalah wajib untuk membelu belah walaupun hari raya dah berlalu.

Lagi Kek Lapis, hidangan hari raya. Dimana-mana kami berkunjung kerumah saudara mara, kek lapis merupakan menu utama mereka.

Tidak sah kalau sampai di Kuching tidak bergambar di tugu kuching ini. Dan tidak sah juga kalau tidak berkunjung ke Muzium Kuching.

Ini kembali semula ke Sibu, Low King Hwoe Hospital, hospital umum pertama di Sibu. Sekarang ini telah menjadi memorial muzium. Sayang masa tak mengizinkan kami masuk untuk melawat kedalamnya. Dikatakan susun atur katil dan semua peralatannya masih tetap seperti dul lagi sewaktu hospital ini masih digunakan.Hospital ini diasaskan oleh mendiang Low KIng Hweo yang telah mendermakan kesemua kekayaannya demi membina hospital ini.

Di Sarawqak juga tidak sah kalau tak makan mee kolok. Hanya mee kolok Sarawak sahaja yang asli dari segi rasanya. Ini kami makan di Kuching. Pengalamannya, kami difaamkan kalau tak mau berbaris mestilah datang pukul 6.30 pagi. Tapi pagi tu kami terlewak sikit, untuk dapat duduk sahaja kami terpaksa berbaris dan menunggu selama setengah jam, dan untuk mendapat order dalam 15 minit, dan menunggu makanan dihidangkan selama 45 minit. Bayangkan.

Muzium Sarawak juga adalah tariken, walaupun Kak Mah dah beberapa kali berkunjung ke muzium ini, namun kak Mah masih excited nak berkunjng lagi. Tapi tak boleh ambil gambar didalamnya. Bukan tidak dibenarkan tapi phone Kak Mah memori full, haha....

Di pusat jagaan orang hutan inilah yang dapat Kak Mah rakamkan. Orang utan ini walaupun hdup liar tetapi jinak. 

Pengangkutan air masih tetap popular di Sibu, dan seluruh Sarawak.


Pengasas taman buaya Kuching. Ini satu lagi tarikan di Kuching. Kalau berkunjung ke Kuching kita tidak akan ingin ketinggalan untuk mengunjungi taman buaya ini. Melihat berpuluh-puluh ekor buaya dalam jarak dekat dan melihat buaya melompat menerkam makanan yang bergayut, yang diberikan ole pengasuhnya memang jadi idaman kanak-kanak.

Disinilah kami makan mee kolok, lihat saja orang yang berbaris untuk makan, tidak pernah kosong hingga kedai ditutup.

Selingan, hiburan.

Surat beranak orang utan.

Bergambar dengan buaya batu.

Berarak menuju tempat memberi makan orang utan yang dilepaskan bebas tetapi jinak.

Semuga berjumpa lagi dilain kali

Sallam Aidil Fitri buat semua sahabat Blogger dan peminat blog Kak Mah.

Wassalam.


Friday, 16 June 2017

Program IHYA RAMADHAN.

Assalamualaikum,

Selamat berpuasa rakan-rakan blogger semua.

Kak Mah bulan puasa ni sibuk sikit. Banyak program yang dijalankan oleh
persatuan-persatuan yang Kak Mah anggotai. Ada yang Kak Mah dapat sertai,
ada yang tidak.



Ni salah satu program yg Kak Mah dapat sertai. Majlis Ihya Ramadhan 
KOA Daerah Lipis. Senang cerita majlis berbuka bersama penduduk Islam
Orang Asli Daerah Lipis. Yang Kak Mah Hadir ini KOA Sungai padi
berlangsung pada minggu lepas. Hari jumaat 9-6-19.

Semalam berlangsung satu majlis lagi di Kg. Temetong. Tapi Kak Mah
tak dapat hadir. Majlis ini dengan kerjasama Pejabat Agama Islam K. Lipis
Perkim Daerah Lipis, Wanita Perkim Daerah Lipis. Alhamdulillah,
Tuan Kadi Daerah Lipis, Tuan Hj. Abu Bakar b, Ismail, 
selaku Pengerusi Perkim Daerah sentiasa turun padang,
turut serta menjayakan program ini.


Diantara aktivti yang dijalankan bersama penduduk orang asli, memasak dan 
menyediakan juadah berbuka bersama-sama. Solat jemaah bersama-sama,
dan menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada setiap ketua 
keluarga Islam dan sumbangan pakaian terpakai.



Majlis ini merupakan majlis tahunan untuk saudara baru orang asli ini
setiap datangnya bulan Ramadhan.


Mereka ni mualaf yang perlukan bimbingan kami,
sebab itulah Kak Mah rasa terpanggil untuk turut
serta setiap aktiviti bersama mereka.
Wallahhualam.

Sekian
Wassakam.

Saturday, 27 May 2017

Trip Ke Pekan.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sempena bulan Ramadhan ini anak
Kak Mah ada seminar pulak di Kuantan. Kak Mah pun 
ikutlah sekali untuk mengunjungi anak dan
cucu kak Mah yang menetap di Kuantan.


Bergambar di istana King.

Tak sah kalau pergi ke Kuantan tidak disulam dengan
 trip-trip yang menarik.
Trip kali ini ke Pekan, nak lawat Muzium di Raja Pekan.


Ni lah gambar Muzium di Raja Pekan. 
Ambil dari jauh aja. Walaupun masuk
 kedalam, tapitak adalah kami mengambil 
gambar banyak sangat.


Cuma ini aja yg sempat Kak Mah ambil
, pintu bersurat, Huruf ini diukir diatas
 pintu tersebut. Ini merupakan syair.

Selepas Muzium kami singgah ke Pulau Keladi. 
Kak Mah teringinnak menziarahi rumah
 tempat kelahiran mantan Perdana Menteri
Malaysia, Tun Razak. Alhamdulillah
, terhasil juga.


Rumah tersebut terletak di Kompleks Kebudayaan 
Pulau Keladi,disitu juga terletaknya pusat
 menenun kain tenunan Pahangyang terkenal.
 Masa kak Mah datang tiada kain yang dah siap
ditenun kerana semuanya telah di bungkus untuk
 di bawa ke Kuala Lumpur untuk pameran di sana.
 Jadi tak dapatlahkak Mah nak tunjukkan
 gambar kain yg telah siap di tenun
disini.


Ini rumah zaman dahulu yang di bena tanpa menggunakan 
walau sebatang paku pun, Pembinaannya hanya menggunakan 
pasak yang juga diperbuat menggunakan kayu. Masih utuh lagi 
sehingga kini walaupun telah berusia berpuluh tahun.

Alhamdulillah, tidak banyak gambar yang diambil,
cukuplah sekadar ini saja. Kalau sampai ke Pekan
 jangan lupa ziarah kesini untuk lihat sendiri keunikan 
sejarah Pahang melalui muziumnya dan kompleks
budaya ini.

Sekian Wassalam.

Monday, 22 May 2017

Azam Tani

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,

Hari ini entry Kak Mah gambar aja. 
Biarkan gambar berbicara.

Ini Program empat hari lepas, Jumaat 19-5-17.

Penyampaian barangan untuk peserta Azam Tani
Kak Mah salah seorang pesertanya. Alhamdulillah
Disamping penyampaian ada juga dibuat kursus.


Kat bawah ni kursus membuat Ais Krim.
Kalau nak makan ais krim buat aja sendiri, 
Bersih, selamat dan halal.
tak payah lagi beli dikedai, 


 Kat bawah ni pulak penyerahan sijil oleh YB Ahli Parlimen Lipis


Ni yang Kak Mah dapat. Projek Pemasaran dan perniagaan,
sebenarnya kak mah buat projek frozen food, kek dan biskut
dan jahitan pakaian wanita dan hiasan rumah, Alhamdulillah.

 Untuk bahagian pertanian ada juga dibuat taklimat dan kursus membuat 
plant booster atau baja organik sendiri. Inn Shaa Allah Kak Mah akan
cuba buat baja sendiri untuk kebun dalam pasu Kak Mah
lepas ni.

 Belajar masak pun ada. Ini buat lasagna roti.
Waw, sedap dan jimat cara membuatnya.

 Dah masak Lasagna Roti,
Makan jangan tak makan. Jamah aja tukang merasanya ramai.

 Ni mesen jahit dan mesen jahit tepi yang Kak Mah dapat terlebih
dahulu pada 12-4-17 yang. Hasilnya dah siap beberapa
pasang baju kurung. Alhamdulillah.

Akhir sekali terima kasih kepada semua yang terlibat
mengusahakan sehingga kak Mah berjaya mendapat
semua ini secara percuma sahaja.

Bermula dengan JKM Lipis, En Aswad.
Pejabat Daerah Lipis En Hafizuddin,
Kedua-dua pegawai ni sanggup datang kerumah
semasa kak Mah terlantar, hilang punca dan tidak sihat.

Pejabat Pertanian Lipis Mr. Pang
dan Puan Siti, yang berusaha dan banyak membantu.
Pejabat Pertanian Negeri juga.

Alhamdulillah, terharu Kak Mah.

Jumpa Lagi
Wassalam.

Saturday, 20 May 2017

Kek Coklat Lembap

Assalamualaikum,

Selamat tengah malam Sabtu. Kak Mah malam ni berjaga sampai pukul 2.00 pagi, tetiba teringat pulak nak update blog, alahai layan ajalah. Kali ini resipi Kek Coklat Lembap sekali lagi. Ini kali kedua Kak Mah bagi resipi kek ni. Yang dulu ada tak yang buat. Entah lah yee.

Walau apa pun resipi yang dulu tu agak susah sikit membuatnya. Nak jadinya pun susah juga, Kak Mah dua tiga kali buat masih tidak memuaskan hati lagi hasilnya. Tapi resipi kali ini mudah sikit nak buat dan dengan sekali cuba sahaja hasilnya cukup memuaskan hati, Bahannya pun kurang sikit. Jimat sikit kos untuk bahannya.

Oklah yee, tengok gambar dululah. 


Boleh buat dalam loyang berukuran dimeter 8 inci atau bekas kecil untuk memudahkan mebahaginya, tak susah-susah nak potong pula. Tapi kalau potong pun tak susah juga. Tak melekat pun pada pisau pemotongnya.


Ok, kita terus aja kepada resipi. Cakap banyak pun tak guna kan.

Ok Bahan-bahannya

Bahan A

3/4 cawan gula, kalau nak kurang manis jadikan setengah cawan sahaja
1 cawan serbuk koko, Kak Mah guna Adela
1 cawan susucair
1 cawan susu pekat manis 
1 cawan minyak masak, guna minyak botol SAJI, jangan guna minyak paket
1 sudu serbuk Nescafea

Semua bahan diatas gaulkan dalam bekas, bila dah sebati masak diatas api perlahan hingga gula larut.
Matikan api dan rehatkan sekejap. Sementara itu sediakan bahan B

Bahan B

Untuk di ayak

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil baking powder, ayak dan ketepikan

Bahan C

4 biji telor blenderkan.

Satukan bahan B dan C kedalam bahan A berselang seli hingga habis. Gaulkan dengan senduk kayu.

Bila dah sebati masukkan kedalam loyang yang telah dilumur minyak, atau lapik kertas minyak, kukus selama satu jam. Selama mengukus jangan di buka tutup kukus untuk melihat sama ada telah masak atau tudak. Kek ini akan masak setelah satu jam. Setelah masak dan angkat dari pengukus dan sejukkan. Bila telah sejuk keluarkan dari loyang untuk di tambah dengan coklat ganachy. 

Cara Kak Mah buat Ganachy mudah aja, 
Bahagikan separuh bahan A, kacau diatas api sederhana hingga adunan sedikit pekat. Jangan terlalu pekat kerana adunan akan memekat setelah sejuk. Tidak perlu masukkan tepung gandum, Angkat dan sejukkan dan tuang keatas kek. Boleh dihias dengan gula manik putih atau silver.

Sekian, selamat mencuba.
Wassalam


Friday, 12 May 2017

Mengapa Kurma Dibenci Oleh Jin dan Syaitan Dan Mengapa Nabi SAW Memakannya dalam Hitungan Ganjil.



Assalamualaikum,

Rakan blogger, pengikut dan peminat blog Lipislady, apa khabar semua. Kak Mah sihat aja, tapi kebelakangan ini kurang sikit masa untuk dapat update blog ini, Kurang sikit dapat upload gambar-gambar makanan yang Kak Mah makan, maklumlah Kak Mah sekarang ini duduk dengan abang Kak Mah, Kedapur pun tak berapa sempat.

Tapi malam ini sempena kedatangan bulan Ramadhan yang tinggal 13 hari saja lagi Kak Mah nak kongsikan sedikit tentang khasiat buah kurma yang kak Mah dapat dari whatsapp group kawan Kak Mah. Rasanya bermanfaat juga buat kita. Mana yang dah tahu tu boleh ulang kaji sekali lagi ye kawan-kawan.

KHASIAT KURMA

Amir bin Saad dari ayahnya - berkata : Rasulullah sallallahu 'laihi wassalam bersabda :
Lakukanlah ikhtiar perlindungan dari sihir dengan memakan 7 biji kurma

Kajian menunjukkan buah kurma memiliki manfaat utama

1. Mengurangi kolestrol dalam darah dan mencegah kesumbatan disaluran darah

2. Mencegah kanser usus besar serta mencegah penyakit buasir dan kurang membentuk batu karang dan membantu tahap kehamilan serta waktu bersalin kerana mengandungi serat serta makanan yang baik pencernaan dan gula

3. Mencegah kerosakan gigi kerana mengandungi fluorine

4. Mencegah racun kerana mengandungi natrium, gallium dan vitamin C

5. Menyembuhkan kekurangan darah merah kerana mengandungi zat besi, tembaga, vitamin B-2

6. Ubat untuk penyakit lemah tulang kerana mengandungi kalsium, fosfor dan vitamin A

7. Menyembuhkan hilangnya selera makan dan kurang fokus kerana mengandungi gallium.

8. Untuk mengubati kekurangan umum dan jantung berdebar kerana mengandungi magnesium dan tembaga

9. Ubat kanser sendi dan otak kerana mengandungi boron

10. Anti kanser kerana mengandungi selenium

11. Sebagai ubat untuk mengatasi disfungsi ereksi kerana mengandungi boron, vitamin A

12. Perawatan untuk kulit kering dan penyakit korena mata kering serta kebutaan malam kerana mengandungi vitamin A

13. Ubat untuk penyakit saluran pencernaan saraf kerana mengandungi vitamin B1

14. Perawatan untuk rambut gugur dan stress mata serta selaput lendir rongga mulut serta inflamasi bibir kerana mengandungi vitamin B2

15. Perawatan inflamasi kulit kerana mengandungi vitamin niacin

16. Ubat untuk penyakit kudis, melemahkan keseluruhan tubuh dan jantung berdebar, sesak nafas dan kecut pembuluh darah serta timbulnya bintik-bintik merah pada kulit serta kekurangan dalam tulang dan gigi kerana mengandungi vitamin C, atau ascorbic asid 2.

17. Mengubat keasaman atau asidic diperut kerana mengandungi klorin, natrium dan gallium.

18. Mengubat sakit gusi dan kekurangan salur darah capillari kekurangan kekuatan otot dan tulang kerana mengandungi vitamin C.

19. Kurma menyengangkan, dan memberi tenaga sebaik sahaja ia dicerna.

20. Kurma adalah pemberi tenaga segera.

Semuga panduan ini memberi manfaat kepada kita semua lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang berkat nanti

Semuga Jumpa Lagi.

Wassalam.



Thursday, 27 April 2017

Terapi Air Liur Basi

Assalamualaikum,

Sallam hari Khamis semua rakan blogger, rakan alam maya, peminat-peminat lipislady. Apa khabar semua, Kak Mah hari ni tak ada kerja, nak masak gas habis, sambil tunggu gas sampai mengadap laptop dulu sambil minum kopi 'o'. Waw..best..Jarang Kak Mah dapat masa macam ni, selalu berserabut dengan kerja dari subuh hingga isya. Alhamdulillah hari ni Allah beri rihat. Cuti Jap..hehe.

Oh ya, kak Mah ni nak kongsi sikit petua yang kak Mah amalkan baru sebulan yang lalu. Terapi air, tapi anak kak Mah kata terapi air liur basi. Kak Mah percaya ramai yang dah tahu mengenai terapi ini. Tapi tak apalah kak Mah nak kongsikan sekali lagi.

Terapi ini bermula sejak seawal pagi lagi dan khasiatnya agak segera juga boleh dinikmati. Kak Mah sendiri mendapat manfaatnya seawal tiga hari setelah mengamalkannya terapi ini.

Ikuti sendiri cara-cara melakukan terapi air ini

1. Sebaik sahaja bangun tidur, sebelum berkumur dan mengosok gigi minum sekurang-kurangnya 4 gelas air, sebaik-baiknya air bertapis. Buat permulaan 4 gelas air tu terlalu banyak untuk dihabiskan, boleh mulakan dengan 2 gelas dulu, cubalah, memang sukar. seboleh bolehnya lagi banyak lagi bagus. Kak Mah sendiri dah boleh menghabiskan 4 hingga 5 gelas setiap pagi.



2. Cuba jangan minum sambil berdiri kerana ini boleh mengakibatkan sendi-sendi kita menjadi rosak.

3. Jangan minum selepas makan, sekurang-kurang nya tunggu sehingga selepas 40 minit. Selepas 40 minit minum air panas sahaja. Jangan sesekali minum air sejuk atau ais,

Ini saja yang kak Mah amalkan. Alhamdulillah, lutut kak Mah yang sakit selama ini dah berangsur-angsur sembuh. Kalau dulu kak Mah solat atas kerusi sekarang dah boleh solat biasa. 

Masaalah sembelit pun boleh diubati dengan cara ini, dulu kak Mah sembelit dan buasir, alhamdulillah sekarang dah sembuh semua tu. Buang air besar pun mengikut masa khusus iaitu selepas minum air diwaktu pagi sahaja.

Masaalah susah tidur pun dah tiada lagi, darah tinggi dan kencing manis pun dah makin terkawal. Alhamdulillah syukur pada Allah yang memberi ilham untuk mengamalkan terapi air liur basi ini.

Sebenarnya air liur basi ini walaupun dia busuk tapi mengandungi alkali yang tinggi yang akan bertindakbalas dengan alkali yang sedia ada dalam usus kita, menjadikan usus kita sihat. I tu serba sedikit yang kak  Mah tahu dan amalkan.

Mudah aja. Sesiapa saja boleh amalkan. Dan lihat hasilnya. Alhamdulillah.

Selamat mencuba.

Wassalam.