Wednesday 20 October 2010

Tersungkur Dikaki Tangga


Assalamualaikum,

I am back again, he he entah ke berapa kali i am bak dah, tapi keh tetap macam coklat juga, sekejap ada sekejap tak ada. Nak buat macam mana, masa sangat cemburu ke keh ni, tak boleh nak dicuri langsung untuk berinternet tambahan pulak internet bermasaalah sangat, terpaksalah keh melupakan aktiviti berbeloh untuk seketika.

Banyak jugalah agaknya yang keh ketinggalan terutama entry rodong2 yang sentiasa menarik, kalau ada masa pasti keh akan membaca semua entry yang keh ketinggalan, begitu juga entry keh sendiri, kadang2 tu ada juga datang ilham nok menulis, tapi apakan daya, kadang2 terus je terlupa.

Banyak2 peristiwa yang keh lalui selama keh cuti berblog, peristiwa hari Isnin yang baru ni lah yang keh paling tak dapat lupakan. Pagi isnin 18-10-10, cuma 8 hari saja selepas hari jadi keh yang ke dot dot dot. Pagi tu keh bangun pukul 6.00, selesai solat seperti biasa keh menadah air untuk di hangkut kekiosk, tapi sebelum turun keh terniat dalam hati nak minum dulu dengan adik sebab perut pun terasa lapar, lutut pun rasa macam longgar, badan pulak rasa macam tak berapa selesa, lemah semacam aja. Tah macam mana siap je tadah air keh pun terus turun sampai terlupa nak minum. Masa turun tangga keh tak rasa apa pun, cuma penatnya lain macam sikit tapi tak pulak rasa pening.

Masa nak menyusup ke belakang tangga keh memilih untuk melangkah longkang memandangkan jalan sebelah lagi hampir sangat dengan tong sampah yang baunya amat meloyakan. Tah macam mana masa nak melangkah longkang kaki kanan keh munkin tak cukup besar langkahannya, terus terjerlus kedalam longkang. ALLAH, keh menjerit.Keh pun tersungkur dengan kedua-dua belah belah lutut terkena birai longkang yang tajam. Kedua-dua tong air terlepas dari tangan, sebelah pipi terhantuk pada batu, keh tertiarap dengan kedua belah kaki didalam longkang. SAKIT...cuma Allah saja yang tahu, dalam hati keh cuma memikirkan selepas ini boleh kah keh berjalan lagi, atau keh terpaksa diusung ke hospital, tapi sapa yang akan mengusungnya kerana tak ada seorang pun manusia yang ada disekitar situ pada pagi itu. Keh cuba bertenang dalam kesakitan yang teramat sangat sambil meraba-raba pipi keh yang terkena batu, dah bengkak dan ada cecair yang melekit. Darah!!.. Keh berusaha untuk membalikkan badan dan cuba menarik kaki untuk duduk sambil mengesat darah pada pipi. Bila dah berjaya duduk keh meraba-raba lutut, sakit...keh picit kedua lutut tapi bahu sebelah kiri sakit teramat sangat tapi berusaha juga untuk memastikan kedua lutut keh tidak cedera. Alhamdulillah bila keh cuba untuk membengkokkan lutut keh, masih boleh, cuma terasa sakit sangat.

Keh bersyukur kepada Allah kerana melindungi keh dari kecederaan yang lebih teruk. lima minit kemudian keh berjaya naik semula kerumah untuk memberitahu adik yang memujuk keh untuk ke hospital, tapi keh menolak sebab keh rasa boleh bertahan lagi, dan luka-luka pun keh boleh ubatkan sendiri, minyak gamat ada.. Hari itu keh cuma rehat sampai pukul 10.00 pagi, lepas itu keh berkerja seperti biasa dengan pipi yang tembam dan luka, dan sedikit luka dibahu.

Alhamdulillah setelah 3 hari peristiwa itu berlaku hari ini keh dah rasa segar, cuma luka dipipi dan bahu masih pedih.


Gambar Aktiviti Sebelum Kejadian


Semasa pegi pekan sari lipis jumpa buah ini, penjualnya kata ini buah sarsi, kalau rebus airnya rasa sarsi.



Kek Hari Lahir hadiah Lonik untuk keh dan Awil yang lahir
pada 15-10 lima hari selepas neneknya.
" Selamat Hari Lahir Awil dan Nenek"


Awil dan Tisya tak sabar nak potong kek kat rumah nenek Aton,
Duduk atas tikar aja dan tak ada jamuan. Sekadar melayan ke
anak2.


Char Kwieu Tiaw terlazat di Kuala Lipis, dimasak oleh Chef
Angkatan Tentera, 8 Melayu semasa jamuan hari raya baru2 ini.


Very Loving Couple, akak Bitah dengan Encik Mustapar
sambut hari jadi, keh dijemput untuk makan2. Tah berapa
tahun dah usia perkahwinan mereka nih, lupa plak nak tanya,
yang jelasnya mereka ada keluarga besar yang kesemuanya berjaya
dalam pendidikan akademik dan Agama. Alhamdulillah.


Ni sekadar menunaikan amanah. 4 orang Bangla yang menolong keh
berpindah dulu, bila keh hala aja kamera ke deme tarus aja deme
berposing, hantar surat khabar ke, tanya deme, masuk blog kata keh,
jangan tak masuk tau, katanya. Yee, ini saya dah masukkan.

Alhamdulillah, tamat entry hari ini.

Sekian, Wassalam.



13 comments:

  1. Salam wehhh, gamboa atas tu bukan buah sarsi tapi buah roxelle. Koi ade tanam pokok dia. Mmg sedap air dia tapi jauh ngat rase sarsi... kehkehkeh

    ReplyDelete
  2. W,sallam, Echan,
    Yee kee,salohlah makcik tu kabo ke keh..
    keh baru pertama kali tengok buah tu,

    ReplyDelete
  3. Salam wehh..

    Macam mana boleh terperlus dalam longkang pulok ni..nasib tidak panggil unit kome untuk menyelamatkan aok yak..

    ReplyDelete
  4. salamm..
    sedara bangla belah mana pulok ter?
    he he..moga aok sihat selalu..
    sedak nampok kuewtiow ter..?

    ReplyDelete
  5. moga akok sihat hendoknya...

    napa bangla sorang lagi ter, terpeleot semacam je

    ReplyDelete
  6. weh, sakit amat bila kita yang dh berumur ni tjatuh gitu yak. sabor la. keh kala jatuh, doc suruh pegi spitol terus sbb takut pendarahan dalaman.

    sempena dot, dot, dot...demeh, keh doakan smoga sentiasa dlm redha -Nya dan berbahagia dunia akhirat. semoga tercapai segala impian.

    p/s- gambo bangla tu memang klakor weh! pandai amatnya bgaye yak... :)

    ReplyDelete
  7. Salam juga semoga tempat jatuh lagikan di kenang hehehe... slamat hari dot..dot juga drp kome semoga panjang umo muroh rezeki. :)

    ReplyDelete
  8. Dema lipis kat mana..? kah kpg petola....

    asben tanya..duduk dlm kem 8 RAMD ke...sebab ayahnya 3 RAMD...( dah berhenti dah...)

    ReplyDelete
  9. buah roxel tu dibuat jus...bapok le sedaknyer wehhh

    ReplyDelete
  10. beh ke char kuew tiaw tu kak lady? macam beh je tengok

    ReplyDelete
  11. behnye charkueytiaw. kat mane ade jual tu? nanti balik nak pg makan la

    ReplyDelete
  12. Sakit amat kala teperlos ter.Orang dulu2 kabo jauh dari perut.Tak pedah je nye...

    ReplyDelete
  13. selamat hari jadi..semoga panjang umo

    ReplyDelete