Thursday 31 March 2011

Akibat Sering Berpindah Randah

Assalamualaikum,

Laa, tak abis lagi cerita pasal pindah rumah. Memang pun. Bermula bulan 10 2010 tahun lalu keh berpindah rumah, tu kerumah sementara je diberi tumpang oleh kawan. Rumah sepatut keh pindah baru je siap repair ujung bulan 2 2011 lalu.

Tapi bila dah siap bayar deposit, api plak bermasaalah. terpaksa tunggu lagi. sambil tu pindah jugalah sikit2 barang. Boleh dikatakan sepanjang bulan 3 ni hampir setiap hari memindah barang. badan pun dah rasa sakit2 dan lemah longlai.

Diam tak diam rupa2nya banyak juga barang2 keh ni. Selasa lepas kemuncaknya, keh dua beranak memerah tenaga memindahkan barang besar dan kecil, masaalah air dan api pun dah setel. Alhamdulillah gembira rasa hati duduk rumah baru. Selesa sikit, walau pun penat, tidur malam lenalah sikit. tak perlu lagi banyak memikirkan perkara yang belum selesai


Sehingga semalam peti ais ni masih lagi macam ini
kosong dan belum siap dicuci.

Barang2 masih lagi berlonggok-longgok merata tepi dinding.
tak larat dah weh rasanya. Sebulan-bulan tanpa rehat.
Dua tiga hari ni nak rehat dulu lah.

Tapi laa, ada orang tempah bahulu laa plak.
Tak pelah, malam ni buat bahulu dulu.
Duit Masyuk tu. Alhamdulillah.

Ada yang nak tempah baulu bolehlah.
Minimum tempahan 100 biji. Harga RM 26.
Tambah belanja pos Rm7.00.

Sekian Dulu, Wassalam.

5 comments:

  1. SALAM,
    TAK DE KE NAK BUAT DOA SELAMAT PINDAH RUMAH? LA;AU DEKAT, BOLEH DATANG !

    ReplyDelete
  2. Sallam,
    InsyaAllah, siap2 kemas rumah nanti kut..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Lipislady,

    Selamat berpindah ke rumah barulah. Pindah rumah memang penat.

    ReplyDelete
  4. assalam..
    x prnh dan x m pindah2.. ssh tuuuu huhuu

    ReplyDelete
  5. Assalam, penat weh buat keje pindah randah nie kawan 2-3 kali juga buat keje ginie.

    ReplyDelete