Tuesday 22 March 2011

Keputusan SPM 2010 DiUmumkan Esok

Assalamualaikum,

Keputusan pepereksaan SPM bagi tahun 2010 akan diumumkan esok. Semua calun2 yang tunggu keputusan esok nampaknya berdebar-debar dan tak sabar. Student keh yang enam orang tu pun nampak gayanya excited sangat dah. Siap minta cuti esok untuk meraikan kejayaan mereka (bagi yang berjaya, mintak2 semua berjaya dengan cemerlanglah.

Keh sendiri tengah berdebar juga nih, adik, anak keh yang bungsu tu pun akan pergi mengambil keputusan juga esok. Nampak gaya dia relex dan enjoy aja, maknya pulak yang berdebar-debar dan tak tentu rasa. Untuk adik mak doakan adik berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang sesuai dengan apa yang diusahakan.

Untuk semua anak-anak yang mengambil keputusan esok, keh pun turut mendoakan kejayaan mereka. Bagi yang kurang cemerlang dan tidak berjaya jangan putus asa, cuba lagi. Kalau dah malas mencuba, masih banyak ruang dan peluang untuk anak-anak semua ceburi dan terokai dipelbagai bidang. Pilihan ditangan anda. Semuga barjaya.

Wassalam.

2 comments:

  1. Assalam, sesama lah kita doakan kejayaan utk anank-anak kita semua insyaallah.

    ReplyDelete
  2. bukan kate mak dia je, kakak dia pun tengah berdebar debar ni. cemane la cite nye ni

    ReplyDelete