Sunday 8 May 2011

Ibu Jasamu Tiada Tandingannya.

Assalamualaikum,

Didadanya ada cinta
yang tak pernah pudar,
dihatinya ada sayang
yang tak pernah padam,
tanggungjawabnya
tak pernah dilupa.
mendidik, mengasuh, memanja.

Dia hanya ingin yang terbaik
untuk semua permata hatinya
ilmu dicurah agama diarah
penat lelahnya tidak pernah dihitung
cuma satu harapannya
apabila dewasa jadilah kita
insan yang berguna
untuk keluarga agama bangsa dan negara.

Itulah ibu
yang jasanya perlu dikenang
bukan sehari dalam setahun
tapi setiap saat setiap masa
selagi nafas yang dihela
belum tiba kenoktahnya.


Sekian wassalam.


5 comments:

  1. salam kenal...

    sebab itulah syurga di bawah tapak kaki ibu kan...

    ReplyDelete
  2. Ibu adalah kita.Bersyukur dapat merasai ucapan hari ibu juga..

    ReplyDelete
  3. W,sallam,

    Selamat Berkenalan.
    Yee, ayah juga jangan dilupakan.

    ReplyDelete
  4. Sallam Cikgu Hani,

    Ibu adalah kita dan anak2 kita juga.
    Syukur juga kita dapat menyempurnakan tugas dan tanggung jawab sebagai ibu.

    ReplyDelete
  5. selamat hari ibu ye.semoga berbahagia selalu bersama family tercinta.

    ReplyDelete