Friday 17 February 2012

Aktiviti Hari Ini.

Assalamualaikum,

Dah nak masuk hari Sabtu dah.
Hari ni subuk betul.
dari pagi tadi menyiapkan langsir tempahan 
Puan Zaini PPD. Pagi tadi jahit kepingan yang
terakhir dari 23 keping yang ditempahnya.


Lepas tu sambung plak menjahit kain batik
jiran sebelah yang bakal melahirkan anak kedua.
Ingat nak sambung terus jahit barutnya,
tapi masa tidak begitu mengizinkan.


Barut, dan ini ada beberapa pasang lagi
kain baju yang saya kena sudahkan dalam
masa terdekat ini.
Alhamdulillah,
Banyaknya...penat?
memanglah penat buat kerja tanpa henti.
tapi demi rezki, saya lupakan saja perkataan 
penat itu. 


Cuma saya mohon pada NYA, diberikan saya
kesihatan yang terbaik
supaya saya boleh melakukan ini semua.

Oklah, bahulu dah nak habis masaknya.
Sekian kerja untuk seharian ini,
bermula pukul 6.00 pagi tadi hingga pukul 
9.30 malam ini.
Alhamdulillah beres semuanya.
sekarang masa untuk rehat plak.
Syukur dan terima kasih pada Allah.

Update terkini :-

Bahulu ada hitam sikitlah
sebab leka buat entry ini,
tapi masih boleh guna.
Gambo malas nak ambillah,
malu!.

Wassalam.

4 comments:

  1. itulah hebatnya yg bergelar wanita!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam SS,

      Betul tu,
      tanpa wanita sunyilah kehidupan

      Delete
  2. Assalam, semoga anda ceria sokmo dan diberkatinya jua...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Mah,

    Selamat berhari minggu kak, alhamdullilah semoga setiap kemahiran yang Allah anugerahkan dapat dimanfaatkan bersama2.

    ReplyDelete