Monday 25 June 2012

Panggilan Misteri Pukul 4.30 Pagi

Assalamualaikum,

Sallam Petang Isnin,
semuga kawan2 semua ceria dan bersemangat
menjalankan tugas harian tak kira
dipejabat atau dirumah dan dimana saja.

Kakmah macam biasalah, sibuk tak habis lagi,
urusan perpindahan pun belum selesai,
mengemas dirumah pun belum dimulakan,
Ya Allah, kat rumah kakmah ni dah macam 
tongkang pecah dah, sapa2 yang masuk kat rumah kakmah
ni mesti rasa nak pengsan, kakmah main longgok
aja kat mana2 yang sempat, barang2 yang 
kakmah baru bawa dari kedai dulu.
InsyaAllah hari ni kakmah mula mengemas.

Awal pagi dalam pukul 4.30 pagi kakmah
dengan sayaup2 telefon kakmah berbunyi.
Kakmah ni kalau dengan bunyi telefon pepagi hari
memang risau betul, kakmah cuma ingat 
kematian dan sakit demam je,
maklum ajalah kan, tak kan ada orang telefon
kakmah seawal pukul 4.30 kerana
nak beli barang kan.

Sebaik terdengar suara di hujung talian,
risau betul hati kakmah dengar suara adik, 
anak bungsu kakmah yang parau diikuti
dengan batuk2 panjang.
Ya Allah sakit betul bunyinya suara anak kakmah 
dihujung sana. Memang adik sedang demam,
batuk dan selsema.
Rasanya batuk tu adik dah alami sebulan lebih yang 
lepas. Tak kan tak baik lagi, malah
semakin teruk bunyinya.

Begitulah kalau dah tinggal berjauhan 
dengan emak, macam2 akan dirasa, kalau tak
pandai berdikari, sakitlah diri.
Adik ni memanglah manja sikit, semuanya perlu di 
arah baru nak buat.
Akhirnya kakmah syorkan aja dia ke klinik
tempat dia belajar. Bila adik setuju barulah hati
kakmah rasa lega sedikit.
Tengoklah malam ni, macam mana pulak keadaan adik.
setelah makan ubat sejak tengahari tadi.

Semuga adik cepat sembuh, InsyaAllah.

Wassalam.

8 comments:

  1. Adehhh saya baca pun naik risau Kak. Anak kalu duk berjauhan, kita yang hati perut tak senang. Ada saja yang kita bimbangkan, ni dah sakit pening lagi ler kita risau.

    Dah pegi klinik, makan ubat insyaAllah sembuh la nanti tu.

    ReplyDelete
  2. Semoga anak kakmah sembuh cepat ya

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Kak Mah.

    Semoga adik cepat sembuh. Sekarang ni musim batuk dan sakit tekak agaknya (mungkin seiring musim durian kot). Tekak saya ni dah dua minggu 'meragam'. Suara pun bukan main serak.

    ReplyDelete
  4. Salam, Kak Mah. Cuba suruh adik kemam lozenge woods atau kelapa laut. InsyaAllah, ok. Dulu mak sy batuk smpi tak tidur, Alhamdulillah, lepas kemam lozenge tu dapat tidur. Sekarang kalu batuk saya dah tak minum ubat batuk, beli lozenge woods jer.. cepat baik sebab batuk tu tekak kita yang gatal... cuba ya..

    ReplyDelete
  5. Semoga Adik segera sembuh.

    Lama tak singgah sini. Sibuk amat sebulan dua ni. Hope Kak Mah terus diberi kekuatan untuk terus menulis.

    ReplyDelete
  6. semoga adik cepat sembuh ye kak mah... rindu dgn kak mah agaknya tu

    ReplyDelete
  7. Salam Cik Mah,

    begitulah kita ni bila berjauhan dari anak-anakkan. Apa lagi anak bongsu.

    ReplyDelete