Tuesday 25 June 2013

Majlis Penyampaian Sijil

Assalamualaikum,

Lama juga kakmah tak update blog kakmah ni,
tak ada perkembangan baru diantara sebab-sebabnya,
ditambah pula dengan keadaan kakmah yang 
tak berapa sihat, kakmah sekarang ni sedang sakit pinggang,
baru pagi tadi kakmah ke hospital, ambil ubat.


Walaupun dalam keadaan sakit,
ada juga aktiviti yang kakmah sertai,
tengok ajalah gambar kakmah kat atas tu,
dah usia pencen baru kakmah dapat
pakai jubah begitu, 
banggalah juga walaupun penganugerahan
sijil tu bukan dari mana-mana universiti,
cuma dari Empower, tapi pelajaran yang kakmah
dapati sama juga dengan pelajaran yang di pelajari
oleh anak2 kakmah di Universiti, cuma masanya
sahaja disingkatkan kepada 6 bulan untuk
kursus yang kakmah hadiri pada tahun 2012 yang lalu.


Tahniah kepada Empower yang telah mengeluarkan 
seramai 400 orang graduan didalam berbagai bidang
untuk tahun 2012 yang lalu.
Diantara bidang kursus yang di tawarkan adalah,
ICT untuk komputer repairing, ini kursus yang
kakmah ambil, Membaik pulih telefom bimbit,
Pengurusan perniagaan, Front Office, Kek dan biskut,
Andaman, Kraft Tangan, Jahitan dan Masakan 1 Malaysia.
Kursus ini bertujuan meningkatkan taraf hidup
rakyat Malaysia yang ingin mengambil peluang menyertai
setiap kursus yang dibuka kepada semua
rakyat Malaysia berbagai kaum, dan kepada yang telah 
bersedia untuk memulakan perniagaan pihak ECER atau
Lembaga Kemajuan Wilayah Timur akan bekerjasama
dan turut memberi bantuan kewangan.

Kursus ini yang diberikan secara percuma 
dan di mulakan berperingkat-peringkat
mengikut daerah akan di luaskan kedaerah daerah
lain dinegeri seluruh Malaysia. Nantikanlah kedatangannya
kedaerah anda.

Semuga kita semua mendapat manafaat dari 
segala peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk kita.

Wassalam


6 comments:

  1. Tahniah. Tak kira berapa usia kita ilmu terus di cari kan :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, julietchun,
      Terima kasih, betul tu, menunyut ilmu ni memang tak berkesudahan, selagi tubuh segar dan selagi ada usia.

      Delete
  2. salam kenal kak mah,

    wahh.. cikda baru tahu ada jugak sijil kemahiran sebegini.. bagus la kak mah.. tahniah dari cikda ye.. :)

    cikda setuju, kita mesti rebut peluang yg ada selagi terdaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,
      Sallam kenal juga cikda, terima kasih berkunjung ke blog kakmah,
      Bagi kakmah ilmu ni semakin kita tuntut, semakin seronok kita dan semakin kita rasa akan kekurangannya diri kita ini.

      Delete
  3. salam kenal.tk pa usia brapa pun asal kita mahu maju semua ok ja..hanya saya yg malas belajar lagi..kerana kerja yg tk knjung lapangnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum IndaMarya,
      Betul tu, ilmu ini memang luas, tidak salah kita menuntutnya walau pun berapa usia kita...Luangkanlah masa untuk menuntut ilmu...

      Delete