Friday 14 June 2013

Biskut Mazola

Assalamualaikum,

Dah dekat-dekat nak puasa dan lepas tu nak sambut raya pulak,
kakmah pun mula-mula lah buat biskut raya. Biskut Mazola
namanya. Biskut ni sungguh sedap, kalau musim raya ramai
yang cari biskut ni. 


Dulu kakmah suka makan je, tapi buatnya kakmah memang 
tak pernah. Tapi baru-baru ni ada plak kawan kakmah 
tempah biskut ni dari kakmah. Tak nak hampakan kawan
kakmah pun mencarilah ke resipi biskut mazola ni.
Dapat dengan kakak kakmah. 

Senang je rupanya nak buat biskut ni, 
tapi yang susahnya nak bagi dia sempurna tu lah,
kalau tersilap mengadun jadilah ianya terlalu
lembut sampaikan masa pertama kali kakmah
buat, nak pegang pun susah, habis berderai jadi debu.

Ada cerita sedih masa kakmah buat pertama kali tu, 
kakmah sepatutnya buat satu adunan seperti di tempah
oleh kawan kakmah, dulang yang pertama dan kedua tu
ok lagi, walau pun lembut berjaya juga kakmah memasukkan 
kedalam bekas, dulang ketiga kakmah letakkan diatas 
jaringan untuk menyejukkannya sehingga habis membakar,
tah macam mana malangnya masa kakmah
meletakkan yang terakhir sekali tersentuh plak
jaringan tu, habis jatuh semua kebawah meja, semua jadi debu,
tak dapat dikutip lagi. Nak menangis kakmah rasanya.
Tapi kakmah bagi juga kat kawan kakmah tu 
separuh bekas sahaja.


Itulah puncanya dia suruh kakmah buat sekali lagi.
Buat kali yang kedua ni dah ok dah. Boleh dipegang dan
nampaklah sempurna sikit. Sehingga berjayalah kakmah
menghabiskannya satu adunan. Alhamdulillah.

Ni kakmah nak kongsikan resipinya
mana tau ada yang nak cuba membuatnya musim
raya ni nanti. Nak jual pun boleh, tambah pendapatan.

Ok
BAHAN-BAHANNYA

1 3/4 kacang tanah yang telah digoreng
dan dikisar halus
1 cawan gula pasir 
1 cawan minyak mazola (minyak jagung)
2 1/2 cawan tepung gandum
kuning telur secukupnya. 

CARA-CARANYA

1. Campurkan kacang, tepung gandum, gula, 
gaulkan sehingga rata

2. Masukkan minyak mazola, tinggalkan sedikit
Gaul rata sehingga boleh di gentel. Kalau
masih keras habiskan baki minyak, kalau
sudah boleh digentel tinggalkan sahaja
minyak tersebut, supaya bila masak biskut
tidak terlalu lembut.

3. Gentel sebesar guli, leperkan sedikit,
letakkan diatas loyang yang telah dialas
dengan baking paper atau boleh juga guna
majung paper, atau loyang yang dah disapu dengan
majrin atau mentega. 

4. Sapukan kuning telur diatasnya.

5. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan 180 C
selama 15 minit.

6. Angkan dan sejukkan baru dikeluarkan dari loyang,
kalau susah tanggal, gunakan spatula untuk 
menanggalkannya perlhan-lahan agar tidak
pecah.

Selamat mencuba,
Wassalam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Mah...

    kakcik pun suka makan biskut tu. Tak lama dah nak Ramadhan, kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsallam Kakcik,

      Budak-budak lah yang suka sangat biskut nie...
      Yerlah Kakcik, Selamat Datang Ramadhan.

      Delete