Saturday 25 July 2015

Masak Singgang Ikan Patin

Assalamualaikum,

Selamat pagi Sabtu rakan-rakan blogger, rakan-rakan alam maya kakmah,
serta pengunjung-pengunjung  blog kakmah. Apa khabar semuanya hari ini,
Kakmah macam biasa je, semalam anak Kakmah kata Kakmah ni tak
keluar rumah langsung. Al maklumlah penat bulan puasa belum habis lagi,
ditambah pulak penat bulan Raya, bukan penat buat kerja, tapi penat
makan, hehehe...


Ok, hari ini kakmah melepaskan lelah, lelah duduk rumah sambil
berjalan-jalan di pekan sehari. sambil2 beli sikit keperluan dapur.

Ikan Patin, ohhh sebut aja ikan patin, pasti kebanyakan orang akan
terbayangkan keenakan masakan gulai patin tempoyak orang Pahang.
Atau pun terbayangkan lazatnya masakan stim patin dengan tempoyak.

Kakmah pulak rasanya dah jemu dengan tempoyak ni, semuanya nak
dimasak dengan tempoyak. Kali ini Kakmah ubah selera sikit. Tak mau 
guna tempoyak lagi dalam masakan Kakmah. Kali ini kakmah cuna 
buat singang patin pula. Singgang kat tempat Kakmah ni bermaksud rebus
aja. Mestilah dengan sedikit herba dan rempah ratusnya.

Ok, nak tau resipinya,
semudah merebusnya juga..

2 potong ikan patin
2 cawan air atau suka2 hati andalah nak banyak mana kuahnya
setengah inci halia, lengkuas dan kunyit muda, semua bahan ni boleh makan, pastikan muda..
1 batang serai, titik aja
1 ulas bawang merah halus
6 ulas cili padi belah dua atau ikut pedas yang anda suka
3 keping asam gelugur, atau ikut suka masam anda
1 ulas bawang putih
garam secukup rasa
kalau suka

Hiriskan semua bahan, bersihkan ikan patin,
Masukkan kedalam periok,
Masak hingga bahan empuk,
baru masukkan ikan,
rebus hingga ikan masak.

Boleh hidangkan...
Sedap dimakan dengan nasi putih, lempeng atau roti..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment