Sunday 10 January 2016

Gulai Tempoyak Piasang Muda Dengan Ikan Talapia

Assalamualaikum,

Sallam petang minggu.
Semuga rakan blogger kakmah sihat semuanya,
bertambah rezki ditahun baru ini, 
bertambah rezki dan bertambah takwa didada.

Alhamdulillah, kakmah agak sibuk sikit awal tahun bari
ini dengan perniagaan nasi lemak dan kuih-muih kakmah,
dengan menjelang mesyuarat agung persatuan ibu tunggal
yang kakmah anggotai, banyak kerja menyebabkan kakmah
kurang rehat dan kurang tidur.

Akibatnya semalam darah tinggi kakmah naik mendadak,
disertai dengan cirit beret lagi. Semalam kakmah hanya duduk
rumah saja sambil berehat. Nak tidur mata tak terlelap pulak.

Alhamdulillah hari ini kekmah dah rasa sihat dah, darah pun
dah turun ketahap normal. Sejam yang lepas bacaan darah kakmah
ialah 11/7 diikuti denyut nadi 82, berbanding semalam tekanan
darah kakmah 179/108, takut kakmah dibuatnya.Masa itu nadi 
kakmah cuma 68 aja.


Alhamdulillah, hari ini dah sihat, semalam kakmah tak masak,
hari ini kakmah lepas hajat. Lepas meniaga nasi lemak,
kakmah terus kepasar beli ikan dan sayur-sayuran...Seminggu
sekali pergi pasar, kakmah belilah apa yang kakmah teringin.

Hari ini kakmah teringin nak makan gulai tempoyak pisang
muda dengan ikan talapia. Hemmm sampailah juga hajatnya.
Gulainya seperti gambar diatas.


Bahannya ini je, nak buatnya macam buat gulai masam tempoyak yang
lain-lainlah. Cuma kakmah nak bagi tip sikit kalau nak gulai masam
tempoyak yang sedap dan pekat sikit, kisarkan tempoyak dengan cili,
kunyit hidup, dan 1/4 biji tomato dengan secawan air. Cara ini boleh 
menjimatkan penggunaan tempoyak. Gunakan 1 sudu makan tempoyak
untuk 21/2 cawan air.

Fakta keshatannya pula, kunyit hidup baik untuk penghidap
kencing manis kerana dia mengandungi insulin semulajadi.
Jadi untuk pesakit kencing manis makanlah kunyit sekerap munkin
terutamanya kunyit hidup. Bagi kakmah kunyit muda sedap
dibuat ulam atau campurkan kedalam gulai singang, dan makan
sekali, jangan dibuang.

Tempoyak pula mengandungi asid urik dan tidak baik untuk
penghidap penyakit ghaut. Jadi berhati-hatilah kalau nak makan
tu, jangan makan terlalu banyak.

Semuga jumpa lagi.

Wassalam.

1 comment:

  1. salam kak..sedapnye..emmm...yummy..
    akak kunyit pon bgus utk bdk kalo nak ilangkan selesema sapu kat hidung..insyaallah..

    ReplyDelete