Thursday 28 April 2016

Teringat Kembali Ketika Bermain Pondok

 Assalamualaikum,

Pernah tak kawan-kawan bermain pondok-pondok sewaktu kecil dulu. Kak Mah selalu malah selalu juga buat sendiri pondok-pondok tersebut menggunakan bahan-bahan yang terdapat dari belukar di kampung Kak Mah.


Kayu-kayu untuk tiang dan bumbungnya Kak Mah tebang sendiri dari belukar dibelakang rumah, Atapnya nya dan juga dindignya, Kak Mah tebang dan jalin sendiri dari pokok bertam atau pedo yang tumbuh didalam kebun getah Kak Mah. Semua itu Kak Mah lakukan dengan beberapa orang rakan sebaya. Waktu itu Kak Mah berumur dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun. Tapi kami anak-anak kampung yang sangat kreatif. Kami hias pondok kami dengan cantik, dengan bunga-bungaan, kami bawa pinggan mangkuk dan gelas dari rumah untuk kelengkapan pondok kami. Malah kami bawa bekal dari rumah untuk makan bersama di pondok. Satu persahabatan yang sangat erat. Paling tidak boleh Kak Mah lupakan, kami sanggup tidur di pondok bila hari cuti sekolah. Itulah permainan zaman kanak-kanak kami




Tapi sekarang ini pondok bukan lagi permainan kanak-kanak. Pondok seolah-olah sudah menjadi keperluan bagi orang dewasa terutama di luar negara.. Daripada mendiami rumah besar tersergam, mereka telah beralih kepada rumah kecil atau pondok yang dihiasi cantik bagaikan istana. Rumah kecil ini dikatakan tempat mereka menenangkan fikiran apabila dilanda stress, ada sesetengahnya pula dijadikan tempat mereka berkarya dan ada juga dijaikan tempat mencurahkan idea kreatif dalam hiasan dalaman rumah



Walau apa pun fungsi dan keperluannya, rumah kecil ini memang telah menjadi trend kehidupan zaman sekarang ini. Dan Kak Mah sendiri sedang berhajat sangat untuk memiliki sebuah pondok comel begini di kampung. Inn Shaa Allah satu hari nanti.


Semuga Impian Kak Mah menjadi satu kenyataan satu hari nanti.


Hiasan yang cantik seperti diatas ini.


Rumahnya seperti yang diatas ini.


Semuga jumpa dilain kali

Wassalam

No comments:

Post a Comment