Thursday 27 October 2016

Salad Buah-Buahan

Assalamualaikum,

Akhirnya berjaya juga Kak Mah mencipta resipi sihat untuk makan tengahari Kak Mah hari ini. Berpandukan petunjuk-petunjuk dari doktoryang merawat Kak Mah, Walaupun perut kampung Kak Mah ni masih terasa laparkan nasi setelah menghabiskan sepiring makanan ini yang Kak Mah namakan Salad Buah-Buahan, tapi Kak Mah terpaksa akur dan jujur dengan diet ketat yang Kak Mah rancang sendiri demi hasilnya selepas sebulan nanti, inn shaa Allah. Satu keistimewaan salad ini, rasanya yang sangat manis dan lemak. Hari-hari makan pun boleh.


Kalau nak cuba buat boleh ikut resipi Kak Mah ni, salad ni bukan sahaja sedap tapi  Kak Mah cipta khas untuk mengawal darah tinggi, kencing manis dan kolestrol. Atas nashat doktor yang menyarankan supaya Kak Mah kurangkan makan nasi dan makanan yang di olah dari tepung gandum.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk makan seorang

1/3 tandan jagung, rebus tanpa garam atau gula, relaikan dengan pisau
setengah ekor ikan dibakar ambil isi nya sahaja aatau 1 sudu ikan bilis goreng
setengah biji epal potong dadu
1 inci timun, buang empulurnya dan potong dadu
1/4 biji buah delima 
(1 tangkai daun sup, satu tangkai daun ketumbar, satu tangkai daun selom
5 helai daun pegaga potong halus )
sedikit bawang besat potong halus
sedikit halia potong halus kalau suka,
Satukan bahan dalam mangkuk

Bahan untuk perasanya

 2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan madu
1 sudu makan perahan lemon
1 sudu makan parutan kulit lemon
secubit garam
Kacau bahan hingga bercampur dan
masukkan kedalam mangkuk yang berisi bahan salad
Gaul rata, dan siap untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

Jumpa Lagi
Wassalam


No comments:

Post a Comment