Thursday 18 January 2018

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum,

Alhamdulillah bertemu lagi kita di arena blogging ini. Selamat Tahun Baru 2018 buat semua rakan-rakan blogger Kak Mah dan juga peminat-peminat blog Kak Mah, walaupun Kak Mah jarang-jarang update blog, namun masih juga ada pengunjung yang sudi singgah disini. Terima Kasih anda semua yang menghidupkan Blog Kak Mah.

Sempena tahun baru 18 ni, Kak Mah nak tanya, semua orang ada buat azam baru ke, atau sekadar membaharui azam tahun lepas yang belum terlaksana.

Kak Mah? Oh Kak Mah disamping membaharui azam tahun lalu, ada juga Kak Mah membuat beberapa azam baru sempena tahun 18 ni.Azam yang paling kuat bermain di dalam benak Kak Mah ni ialah ingin hidup sihat dan berkongsi tip-tip macam mana menangani penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dah kak mah tempuhi sejak beberapa yahun yang lalu.

Inn Shaa Allah semuanya kak mah akan kongsikan dari semasa ke semasa.

Semuga jumpa lagi, salam manis buat semua.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment